Salam buat semua...
kali ini,aku akan cuba berkongsi pengalaman dalam perjalanan untuk menjadi seorang
pemain
Tenis yang berjaya atau pemain
Sofbol yang berjaya...
Boleh dikatakan,semua atlit dan pemain memerlukan koordinasi yang baik melibatkan mata,tangan dan kaki.
Bila dirujuk dalam internet...banyak laman web yang mengajar cara membuat pukulan dalam tenis..apa yang aku nak ceritakan ialah....berdasarkan pengalaman aku yang juga bermula dari "kosong '....sampai boleh wakil negeri Terengganu bagi kejohanan MSKPP...khusus untuk Kementerian Pendidikan Malaysia
Perjalanannya memang jauh dan aku juga pernah berjaya melahirakn pemain yang berbakat dan dapat bermain di Gelanggang Tenis jalan Duta....gelanggang yg aku sendiri tak pernah pergi main pun sebelum ini.
Okay...kita bermula dari diri pemain itu sendiri.Untuk menjadi pemain tenis..
1.
Minat mesti ada...kena selalu pergi tengok cara pemain tenis bermain terutamanya kawasan disekeliling mereka kerana orang inilah yang dapat membantu untuk melangkah lebih jauh...bukannya melalui internet sahaja.kalu tengok Kejoahanan Wimbledon...memang tak tercapai oleh kita kerana mereka bermula dari umur bawah 10 tahun lagi.
2.
Koordinasi mata tangan kamu sendiri Inilah asanya....sebab tu aku cakap kena cari pemain yang berdekatan sebab mereka dapat melihat sendiri cara hayunan tangan kamu bersama foot work dan kelenturan badan kamu...benda ni boleh digilap.
kalau kamu jenis...KERAS...badan tak boleh ikut timing bola....kamu memang TIDAK BOLEH bermain tenis..PRINSIP DIA .....
B.E.L.T B...bend your knee....bengkok lutut untuk memukul bola supaya kedudukan bola semasa menyentuh bola pada permukaan raket mestilah pada paras pinggang kamu
E.....eyes to the ball.....mata mesti tengok kepada pergerakan bola yang hendakdipukul...seeloknya jari yang satu lagi tunjuk kepada bola yang hendak dipukul.Contoh begin...kalau kamu kanan...raket mestilah sebelah kanan..masa nak amik pukulan forehand..kaki kanan kebelakang...raket hayun kebelakang...jari tangan kiri seeloknya tunjuk ke arah bole yang kita nak pukul....
L.....Low to high.....masa nak pukul bola...kita akan bengkok lutut dan selepas pukul...badan akan menaik...kemudian..ready position...kaki buka dan raket di depan
T.....Timing....yang ni yang payah sikit...ramai yang tak pandai nak agak bila bola nak sampai permukaan raket....kalau kena bola yang top spin...lantunannya akan tinggi dan boleh jadi akan naik ke tangan kiri..bukan tangan kanan...tapi bila kamu diberi drill yang betul.....kamu akan dapat
![]()
Kemudian raket....yang ni kalau kamu ada sapa-sape yg boleh bagi pakai dulu...kaum kerabat ke..boleh cuba dulu sebab bila kamu dapat...kamu kan nak beli raket yang baru...
Biasakan diri dengan raket dulu...kemudian barulah pilih raket lain.
Setelah kamu berminat untuk mencuba..pergilah ke gelanggang yang berhampiran dengan rumah kamu atau kalu parent kamu sanggup hantar..pergilah.Terdapat perbezaan yang ketara antara kemudahan di bandar dan di luar bandar.Di bandar,parent sanggup hantar anak mereka untuk bermain tenis kerana mereka tahu permainan tenis melibatkan individu pemain itu sendiri..bukannya berpasukan seperti sofbol.
Dunia lebih melihat kepada kebolehan individu dan bukannya berkumpulan.
Tambahan pula...bukan semua pemain tenis dapat mengasuh bakat anak mereka sendiri kerana mereka juga mahu bermain dengan ahli kelab mereka..kecuali pada hujung minggu ataupun bila gelanggang mereka dekat dengan rumah.
Kamu kena kenal jenis-jensi pukulan kerana kamu akan biasa dengan pukulan ini.
Fore hand....pukulan hadapan..paling banyak akan digunakan
Backhand...pukulan kilas...seeloknya gunakan pukulan backhand yang biasa..JANGAN ajar slice dari awal lagi sebab bila kamu dah dapat menguasai skill ini,barulah boleh guna slicebackhand
![]()
Doublebackhand Yang ni...cuba elakkan..slice backhand
Voli.....bola tidak menyentuh gelanggang...diguna untuk menutup ruang pada pihak lawan untuk membalas pukulan....grip raket mesti kuat..kaki mesti kemas kekuda setiap kali voli..
Overhead smach...apabila bola lob
Lob....apabila kita hendak menghantar bola tinggi ke belakang pemain atau base line....
Halfvolley......bola baru melantun..terus tutup dengan raket
Sevis.....kemahiran yang terakhir yang akan diajar kepada pemain
cara servis bergantung kepada cara kamu pegang raket tenis....
servis flat....muka sama masa pukul bola..
slice....potong masa pukul bola
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Bagi yang bermain tanpa coach...mereka akan memulakan dengan servis...tetapi kalu mengikut coach...servis adalah bahagian yang terakhir untuk diajar kerana stroke yang penting dalam game...setelah kamu ada apa yang dibincangkan diatas tadi....pergilah ke gelanggang berhampiran sebab disitulah kamu akan mula mengasah bakat kamu...ingat permainan ini adalah individu dan banyak lagi yang kamu mesti miliki untuk menjadi pemain tenis yang berjaya.
Aku tidak suka berbicara teknik pukulan....cara drill sebab banyak aku dapat bila kita bermain dan selalu bermain dengan player yang lebih senior...mereka banyak membantu dan bersedia untuk menerima teguran...
Setelah bakat kamu dapat dilihat oleh orang lain...masa itulah kamu kena bagi tahu kat guru kat sekolah kamu...kamu boleh main tenis dan kamu boleh ikut kejohanan mengikut takwim yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia....
Kebanyakkan pemain bermula dari peringkat sekolah rendah dan gurulah yang mula mebawa mereka ke peringkat ynag lebih tinggi
TETAPI...
Mental kamu kena kuat....banyak yang berlaku....pemain berbakat tetapi kalah sebelum berlawan...sebabnya...
1.tengok cara pihak lawan pakai...kasut branded...raket harga mahal...seluar....baju....gaya...padahal belum tentu pandai main...
2. Bahang....bahang court...bahang mentari....bahang suhu badan kamu sendiri...
maklumlah...biasa main...petang...pagi....bila lawan...tak tentu masa
court kosong...urusetia panggil...follow bye....kena main jam 11 pagi...matahari dah atas muka...nak servis pun tak kena bola...kena pula best of three...mau lebih pada sejam....kaki pun mula krem.....
3.Kena tahu menilai kelemahan pihak lawan...jangan jadi ikut game dia main
Itulah mental kena kuat...pengalaman banyak mengajar
Masalah yang paling besar bila aku train player tenis.....dia akan tanya
"Cikgu...pasni saya nak main di gelanggang mana?"......sebab gelanggang yang aku train dia...kelab aku main...so habis begitu saja
sebab tu aku cakap...orang yang duduk dekat dengan court tenis sepatutnya mengambil kesempatan ini...
Tenis boleh main 2 atau 4 orang.. tetapi SOFBOL...kena ada 18 orang baru boleh main....aduhai...
Masa depan...
Kalau permainan individu....kelebihan pemain mudah dinilai dan ada prospek untuk masa depan...dalam sofbol....kamu wakil Malaysia sekalipun...belum tentu kamu kamu dipandang oleh orang lain...inilah realiti sukan di Malaysia.
Dalam tenis...apabila kamu bermula dari sekolah rendah...kamu ikut kejohanan daerah setiap tahun...kalau wakil negeri...level MSSM...naik menengah...kamu main lagi...sampai habis form 5....
kalau di bandar atau ada kelab yang buat kelas tenis berbayar...kamu akan dilantik sebagai tenaga pengajar..
kamu akan dibayar..
bagi di bandar besar..apabila kamu telah mengajar untuk kelab tenis tertentu...kamu boleh slowtalk dengan parent player tu...bole buat jadual sendiri...sewa court sendiri...kamu ambil kelompok kecil untuk intensif punya kelas...memang parent bayar sebab depa tak tanya kamu ada sijil atau tidak...tapi kamu dah
ADA NAMA DALAM KELOMPOK PEMAIN TENIS......inilah yang kita nak ...so kamu dibayar mengikut jam...aku pernah jumpa...orang yang tak belajar tinggi....hari2 duk tengok orang main tenis...dia main sekali...dia duk tengok parent hantar anak....last2 dia offer kat parent tu..nak ajar individu...terus dapat
.kalau kamu ingin kepada KEPEGAWAIAN...kena baik dengan persatuan...minta dicalon untuk exam CHAIR UMPIRE...bila lulus...sambung lagi..dapat WHITE BATCH..bole jaga LEVEL NOVIS CUP....sambung lagi....pergi oversea untuk level lebih tinggi..kamu akan dibayar dengan USD....aku pun tak tau kat Malaysia...berapa orang yang ada WHITE BATCH...kena baik dengan persatuan...tengoklah level international...sapa yang jadi line judge...kebanyakkannya dah veteran....
itulah dia sebahagian dari pengalaman aku dalam tenis...nanti aku citer pula dalam sofbol...
Idea tu banyak...tapi nak taip tu....pastu...banyak sangat sumber dari YOUTUBE....tapi ini berdasarkan pengalaman aku...tempat sendiri...
Terima kasih kerana membaca..